Tuesday, August 26, 2008

WEEK 3: 18 AUGUST 2008

  • Hari ini, saya ada mengajar 2 buah kelas sahaja kerana matapelajaran Bahasa Melayu guru komputer ini clash dengan matapelajaran Komputer.

  • Bagi Darjah 1 B, Cg Sa'aedah menyambung mengajar menggunakan MS Paint program. Mereka di suruh menggunakan komputer. Dalam 1 buah komputer hanya untuk 2 penuntut sahaja.

  • Di sebabkan Cg Sa'aedah mempunyai kelas lain. Dia menyuruh saya untuk mengajar student Darjah PRA A dan 1A.

  • Bagi Darjah PRA A, mula - mula saya akan mengambil mereka dari kelas mereka dan membawa mereka ke bilik komputer. Sebelum masuk, mereka hendaklah bebaris, membuka kasut dan meletakkan ke dalam rack kasut. Kemudian mereka akan bebaris masuk kedalam bilik komputer. Sebelum duduk, mereka hendaklah memberi salam. Kesemua penuntut saya suruh mereka duduk dilantai menghadap IWB. Disini saya, mengulangi pembelajaran yang minggu lepas seperti membuat shape dan mewarna kesemua shape yang mereka buat menggunakan MS Paint program. Saya menyuruh semua penuntut Darjah PRA A mencuba menggunakan MS Paint program. Alhamdulillah mereka pandai menggunakannya dan mereka merasa seronok. Saya juga hendaklah menghantar kembali mereka ke bilik darjah mereka selepas selesai kelas saya.

  • Manakala Darjah 1A, terlebih dahulu saya hendaklah mengambil mereka dari bilik darjah mereka dan membawa kebilik komputer saya. Mereka akan bebaris dahulu sebelum membuka kasut, kemudian meletakkan kasut mereka ke dalam rack kasut. Dan mereka akan bebaris masuk dan memberi salam. Kemudian saya akan menyuruh mereka bersama dengan teman mereka menggunakan komputer. Disini saya menyuruh mereka menghidupkan komputer dan mencari icon MS Paint program. Dan saya telah menyediakan soalan untuk mereka buat, iaitu:


Please draw a shape and color it:

  • Circle
  • Rectangle
  • Triangle
  • Square

Setelah selesai kelas saya, mereka akan buat barisan dan memberi salam. Bagi penuntut Darjah 1 mereka akan menuju ke kelas mereka masing-masing tanpa saya.

  • Manakala, Darjah 1C, saya di temani oleh Cg Sa'aedah. Kami membawa mereka ke kelas komputer. Bagi darjah 1C ini, saya hanya memerhatikan cara ajaran Cg Sa'aedah.

WEEK 2: 11 AUGUST 2008

  • Hari ini adalah hari pertama bagi Teaching Practice saya. Memang hari ini penuh cabaran dan rasa takut kerana ini adalah hari pertama menjadi guru di sekolah rendah.

  • Bilik Komputer di sekolah ini hanya 1 buah sahaja dan ada beberapa buah Komputer yang mengalami kerosakkan.

  • Di sekolah rendah ini, sebelum memulakan kelas komputer, guru hendaklah membawa mereka menuju ke bilik komputer.

  • Hari ini saya hanya membuat memerhatikan guru komputer mengajar anak murid darjah PRA A, DH 1A and DH 1C. Pada hari ini mereka semua belajar meggunakan MS Paint program.

  • Bagi Darjah PRA A, mereka hanya duduk di lantai menghadap Interactive White Board (IWB). Mereka di suruh mencuba menggunakan Interactive White Board, membuat shape dan mewarna shape yg mereka buat. Selain itu juga mereka di ajar dan mengenali tool - tool yang ada pada MS Paint program. Saya perhatikan, cara ini mereka lebih seronok kerana mereka ingin mencuba perkara yang baru.

  • Bagi Darjah 1A dan 1C, mereka disuruh menggunakan MS paint program dan menyuruh mereka membuat shape dan mewarnanya dengan menghadap komputer mereka masing. Dalam satu buah komputer ada 2 orang sahaja. Dalam pemantauan saya, saya lihat hanya 60% daripada mereka, pandai menggunakan komputer dan MS paint program.

Blogroll

Menu

Posts

Hi! Now I'm in Semester 2 @ UBD.... Struggle juga olehnya