skip to main |
skip to sidebar
- Hari ini adalah hari pertama bagi Teaching Practice saya. Memang hari ini penuh cabaran dan rasa takut kerana ini adalah hari pertama menjadi guru di sekolah rendah.
- Bilik Komputer di sekolah ini hanya 1 buah sahaja dan ada beberapa buah Komputer yang mengalami kerosakkan.
- Di sekolah rendah ini, sebelum memulakan kelas komputer, guru hendaklah membawa mereka menuju ke bilik komputer.
- Hari ini saya hanya membuat memerhatikan guru komputer mengajar anak murid darjah PRA A, DH 1A and DH 1C. Pada hari ini mereka semua belajar meggunakan MS Paint program.
- Bagi Darjah PRA A, mereka hanya duduk di lantai menghadap Interactive White Board (IWB). Mereka di suruh mencuba menggunakan Interactive White Board, membuat shape dan mewarna shape yg mereka buat. Selain itu juga mereka di ajar dan mengenali tool - tool yang ada pada MS Paint program. Saya perhatikan, cara ini mereka lebih seronok kerana mereka ingin mencuba perkara yang baru.
- Bagi Darjah 1A dan 1C, mereka disuruh menggunakan MS paint program dan menyuruh mereka membuat shape dan mewarnanya dengan menghadap komputer mereka masing. Dalam satu buah komputer ada 2 orang sahaja. Dalam pemantauan saya, saya lihat hanya 60% daripada mereka, pandai menggunakan komputer dan MS paint program.
0 comments:
Post a Comment